Posts

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Saya tahun pertama degree di UIA Pagoh, Muar. Sebelum saya ke UIA Pagoh, saya belajar di CELPAD (UIA Gombak) selama satu semester. Saya nak kongsi bagaimana cara nak pergi ke Kuala Lumpur atau UIA Gombak dari UIA Pagoh.  Ini adalah cubaan kali pertama saya. Jadi ada banyak pilihan kenderaan. Tapi bagi saya, saya suka belajar menaiki kenderaan awam dan yang pasti dapat menambah pengalaman serta meluaskan pemandangan. Bagi pelajar perempuan, saya nasihatkan apabila bermusafir mestilah membawa peneman atau mahram kerana haram bagi perempuan untuk bermusafir berseorangan. Bahaya di luar tidak dapat kita jangka. Baiklah saya terangkan urutan perjalanan saya ( saya kalau dah dapat taip memang tak pandai nak berhenti, sebab masa tingkatan 6 dulu banyak tugasan saya buat dan terbawa sampai sekarang). Permulaannya, saya dan kawan saya bertolak pada pukul 4:50 pm menaiki carpool ( kakak senior) sehingga ke KTM Pulau Sebang, Melaka ( Kena pak...