Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Saya tahun pertama degree di UIA Pagoh, Muar. Sebelum saya ke UIA Pagoh, saya belajar di CELPAD (UIA Gombak) selama satu semester. Saya nak kongsi bagaimana cara nak pergi ke Kuala Lumpur atau UIA Gombak dari UIA Pagoh. 

Ini adalah cubaan kali pertama saya. Jadi ada banyak pilihan kenderaan. Tapi bagi saya, saya suka belajar menaiki kenderaan awam dan yang pasti dapat menambah pengalaman serta meluaskan pemandangan. Bagi pelajar perempuan, saya nasihatkan apabila bermusafir mestilah membawa peneman atau mahram kerana haram bagi perempuan untuk bermusafir berseorangan. Bahaya di luar tidak dapat kita jangka.

Baiklah saya terangkan urutan perjalanan saya ( saya kalau dah dapat taip memang tak pandai nak berhenti, sebab masa tingkatan 6 dulu banyak tugasan saya buat dan terbawa sampai sekarang).

Permulaannya, saya dan kawan saya bertolak pada pukul 4:50 pm menaiki carpool ( kakak senior) sehingga ke KTM Pulau Sebang, Melaka ( Kena pakai kad KTM. Harganya adalah RM 3. Harga tiket pula adalah RM 13). Kami sampai di sana pada pukul 6:00 pm dan menaiki KTM pada pukul 6:50 pm sehingga ke KL Sentral. Masa perjalanan dianggarkan 2 jam setengah. Kemudian kami menaiki LRT dari stesen KL Sentral ke stesen Gombak yang mengambil masa selama setengah jam ( Kami beli coin disebabkan kawan saya tiada kad Touch and Go. Sebenarnya guna kad Watsons atau IC pun boleh. Topup je di mana-mana kedai di situ). Setelah sampai di LRT Gombak, kami pergi ke Mahallah Asiah (UIA Gombak) menaiki transporter ( Kebanyakan pemandu transporter adalah pelajar UIA  dan memang cepat prosesnya. Tak perlu menunggu lama. Hanya perlu nyatakan tempat dan masa di Group Telegram transporter ) dan dianggarkan mengambil masa hanya 15 minit. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. 

Bagi urutan perjalanan pulang saya ke UIA Pagoh, saya akan ceritakan pada blog akan datang. Bagi pelajar Pagoh, urutan perjalanan saya di atas adalah pengalaman pertama saya. Jadi lepas ini, akan ada banyak lagi cara saya gunakan untuk ke KL atau UIA Gombak. Pengalaman adalah emas. Teruskan mengikuti blog saya. Terima Kasih !

Comments